Wednesday, May 31, 2017

KEISTIMEWAAN SURAH AL-FALAQ


Nabi Muhammad SAW bersabda :"Apakah engkau tidak melihat ayat-ayat yang diturunkan malam ini yang belum pernah ada bandingannya. Ayat-ayat itu ialah "Qul A'uzdu Birabbil Falaq" (Al-Falaq) dan "Qul A'udzu Birabbin Naas" (An-Nas)."
(HR Muslim r.a)

Rasulullah SAW bersabda : "Bacalah Qul A'udzu Birabbil Falaq (Al-Falaq) kerana kamu tidak dapat membaca mana-mana surah yang amat dicintai Allah SWT, seperti surah ini. Maka semana mampu janganlah kamu tinggalkannya."

Disebut riwayat lain, Rasulullah SAW bersabda : "Kamu tidak dapat membaca apa-apa yang sangat pantas sampai kepada Allah seperti 'Qul A'udzu Birabbil Falaq' (Al-Falaq)."

KISAH PENURUNAN SURAH AL-FALAQ


Dalam suatu riwayat dari Ibnu Abbas dikemukakan bahawa Rasulullah SAW pernah sakit yang agak teruk sehingga datanglah kepadanya dua malaikat, yang satu duduk dikepalanya dan yang satunya disebelah kakinya. Berkatalah malaikat disebelah kakinya kepada yang ada disebelah kepalanya :"Apa yang engkau lihat ?" Ia berkata :"Dia kena guna-guna.""Apa guna-guna itu ?""Guna-guna itu sihir.""Siapa yang membuat sihirnya ?" Ia menjawab : Labid bin al A'sham Alyahudi yang sihirnya berupa gulungan yang disimpan disumur keluarga si Anu, dibawah sebuah batu besar. Datanglah kesumur itu, timbalah airnya dan angkat batunya kemudian ambillah gulungannya dan bakarlah."

Pada pagi hari Rasulullah SAW telah mengutuskan 'Ammar bin Yasir dengan kawan-kawannya ke sana. Setibanya di sumur tersebut tampaklah airnya merah seperti air pacar. Air itu ditimbanya dan diangkat batunya serta dikeluarkan gulungan itu ada tali yang terdiri dari sebelas simpul. Kedua surah ini (Al-Falaq dan An-Nas) turun berkenaan dengan peristiwa itu. Setiap kali Rasulullah mengucapkan satu ayat maka terbukalah simpulnya. Kisah tentang disihirnya Nabi SAW ini sendiri terdapat dalam Shahih Al-Bukhari.

Al-Imam Muhammad Abduh berkata : Dalam masalah ini, terdapat lebih banyak hadis yang menerangkan bahawa Rasulullah SAW pernah atau baginda seperti mendatangi sesuatu sedangkan baginda SAW tidak mendatanginya.

Diriwayatkan oleh Abu Nu'aim di dalam Kitab Ad-Dalaail dari Ja'far ar-Razi dari Ar-Rabi'bin Anas yang bersumber dari Anas bin Malik bahawa kaum Yahudi membuatkan makanan untuk Rasulullah SAW. Setelah memakan makanan itu, tiba-tiba Rasulullah sakit kera sehingga sahabat-sahabatnya mengira bahawa penyakit itu akibat perbuatan Yahudi itu. maka turunlah Jibril membawa dua surah ini. Seketika itu juga Rasulullah keluar menemui sahabat-sahabatnya dalam keadaan sihat wal-afiat.

Kemudian Allah SWT menjelaskan kepadanya hal itu, seterusnya bahan sihir itu dikeluarkan daripada sebuah prigi. Setelah itu barulah Baginda SAW sembuh daripada penderitaannya dan dituurnkan surah ini.